Hiking Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu merupakan gunung tertinggi di Malaysia. Walaupun tertinggi, hiking Gunung Kinabalu ni tak adelah susah. Paling penting mesti prepare mental dan physical. Training mesti cukup, naik tangga turun tangga, berbasikal, jogging dan macam-macam jenis training lagi.

Persiapan sebelum hiking gunung kinabalu

Walaupun gunung kinabalu ni tak susah sangat, kita masih perlu prepare mental sebelum nak naik gunung ni. Salah satu sebabnya pendakian ni memakan masa at least 30 jam atau lebih termasuk rehat dan tidur. Suhu di Gunung sejuk boleh sampai negative celcius. Suhu kat Laban Rata biasanya dalam 7C – 11C. Boleh tahan sejuknya. Jadi kita Malaysian ni memang kena prepare terutama bila mendaki. Time hiking gunung kinabalu ni macam-macam boleh jadi. Ada yang kena altitude sickness, dah tak larat nak naik. Nak bangun pun tak boleh sebab pening, duduk lama-lama makin sejuk, kaki tangan terasa beku. Jadi benda macam ni lah kita kena elak. Mental jangan koyak.

Checklist Gunung Kinabalu

Ni antara checklist yang perlu dibawa untuk hiking Gunung Gunung Kinabalu

1. Wind breaker (Waterproof)

2. Rain Coat

3. Glove (Full cover + Waterproof)

4. Head Cap / Mask / Balaclava

5. Kasut Hiking (Waterproof) (1 psg)

6. Stoking ( 3 psg )

7. Headlamp

8. Baju ( 3 psg )

9. Seluar Hiking ( 2 psg )

10. Back pack ( Waterproof/cover)

11. Travel pack – berus gigi/wet tissue dan etc.

12. Emergency blanket

13. Energy Bar

Barang- barang dan pakaian yang nak dibawa hiking Gunung Kinabalu ni sebaik-baiknya waterproof. Sebab kat sini biasanya hujan. Glove mesti bawa full cover jangan nak memandai nak bawa half cut. Keluar jari sikit pun da boleh beku kat atas nanti. Kalau yang tak tahan sejuk boleh bawa emergency blanket. Sebab nak tido nanti sejuk kat Laban Rata. Stokin bawa extra sb kalau kena hujan nanti susah nk tukar. Memang tak kering da stokin tu. Kalau boleh bawa rain shoes cover sekali. Rain coat atau payung boleh bawa. Tapi payung kat atas nanti tak sesuai dah. Sebelum sampai laban rata boleh la nak pakai payung. Head cap/ balaclave atau mask ni pun wajib bawa untuk cover muka, telinga, hidung dari sejuk. Backpack jangan bawa yang besar sangat. Makanan disediakan. Tak perlu bawa banyak-banyak. Cukup bawa energy bar je. Barang-barang nanati yang tak berharga boleh tinggal kat hostel (Laban Rata) masa naik ke puncak. Dari bawah ke Laban Rata kalau barang banyak bolehbupah porter bawa ke Laban Rata (sahaja). Kongsi2 sikit2 sorang.

Cabaran Gunung Kinabalu

Day 1

Sejuk

Salah satu cabaran utama hiking gunung kinabalu ni of course sejuklah. So kena prepare wind breaker ‘its a must’ walaupun kamu ni jenis yang boleh tahan sejuk. Mat Saleh yang datang dari Kutub pun pakai Wind Breaker kat sini. Bukan ape, bila da penat campur sejuk ni macam-macam benda boleh jadi. Jadi, better prepare. Cari wind breaker dulu sebelum nak naik Kinabalu. Yang murah-murah pun ok janji wind breaker.

Hiking Gunung Kinabalu

Tangga

Kedua, pendakian Gunung Kinabalu ni actually takdela mencabar sangat kalau cukup training, tapi kalau tak cukup training, pendakian ni memang mencabar. Pendakian Gunung Kinabalu ni banyak tangga. Boleh kata dari bawah sampai atas la tangganya especially dari Timpohon ( Check Point 1 ) sampai ke Laban Rata. Track ni memang banyak tangga. Masa pendakian ni biasanya start awal pagi lepas jam 8. Sebab pukul 8 tu office baru buka untuk registration. Da settle registration semua baru boleh bergerak ke Timpohon. Kalau pendakian lancar, lunch hour lebih kurang jam 2 tu da sampai Laban Rata. Hari pertama ni tak ada limited time. Tak kisah nak sampai pukul berapa pun laban rata tapi sebaiknya sebelum jam 4 mesti sampai. Klu sampai lewat nanti lunch dah habis kat laban rata.

 

Day 2

Curam

Dah sampai laban rata nanti, lunch, mandi dah boleh tidur. Rehat untuk pendakian seterusnya lebih kurang jam 2 pagi. Tidur sekejap, dah pukul 7 malam boleh turun cafe balik untuk dinner. Dinner kat sini not bad ok. Ada kambing bakar lagi. Ni la first time aku makan kambing bakar kat atas gunung. Rajin betul yang pikul kambing tu naik atas.

Pendakian dari Laban Rata ni tak banyak tangga. First part je ada tangga selebihnya banyak mendaki batu-batu gunung kinabalu ni. Tapi pendakian ni banyak pakai tangan pulak sebab agak curam dan kena pakai tali yang memang da disediakan. Jadi pegang tali dan follow je track tu. Masa pendakian ni start jam 2 pagi sampai puncak sebelum sunrise. Masalah satu lagi tali tu rapat sangat dengan gunung. Jadi terpaksa membongkok sikit sebab nak pegang tali. Kalau rasa tak selesa, boleh je jalan tanpa tali, tapi make sure follow track tali tu je. Masa mendaki ni depend kat guider dan cuaca. Kalau hujan, pendakian akan dibatalkan. Terpaksa turun balik dan naik lagi tahun hadapan. Hahaha. Kesian kan? Tapi kat sini memang strict. Bukan ape, kalau hujan kat puncak memang bahaya. Air dari atas boleh jadi macam air terjun kat batu-batu yang nak didaki tu. Jadi better follow je ape yang diberitahu.

Masa mendaki ni gelap, sebab kita akan start mendaki dari laban rata jam 2 pagi. So pendakian yang curam kat tali tu tak nampak sangat. Nak turun nanti baru tau curamnya. Masa ni yang nampak cuma cahaya headlamp je dari bawah sampai ke atas. Ramai yang beratur ye. Sebab gate buka masa yang sama jadi terpaksa la beratur ke puncak. Kalau bernasib baik, cuaca baik masa ni boleh la nampak beribu-ribu bintang kat langit. Cerah sebab bintang je. Kalau tak bernasib baik nampak cahaya headlamp je la. Masa mendaki ni make sure ikut tali dan follow line. Sebab kalau tersasar boleh sesat. Sebelum mendaki, hikers semua berkumpul kat Cafe Laban Rata dulu untuk supper. Guider akan datang bagitau boleh naik ke tak. Kalau boleh perjalznan diteruskan.

Pendakian ke puncak

Masa mendaki ni lebih kurang 4 jam sebab nak kejar sunrise kat puncak kinabalu. Datang jauh-jauh, berpeluh-peluh hiking kalau tak dapat sunrise rugi lah bang. Paling-paling lewat pukul 6 dah kena ada kat puncak. Itupun matahari da naik tapi view cantik lagi la. Sampai puncak nanti kena beratur lagi sebab nak ambik gambar kat signboard puncak kinabalu. Kat sini kalau time hujan, cuaca sejuk boleh sampai 0 or negative celcius. Boleh paham sendiri la macam mana beratur menunggu sebab nak ambil gambar punya pasal. Dah habis bergambar kat puncak boleh la bergerak pelan-pelan ambik gambar kat Puncak Duit Seringgit dan kat lopak air yg memang famous sangat tempat hikers-hikers melompat2 nak ambik gambar.

Kat sini tak ada aktiviti sangat dah. Duduk lama-lama kat atas boleh beku. Settle ambil gambar dah boleh turun ke laban rata.

Masa turun ni seram la sikit sebab dah cerah. Dah boleh nampak la kecuraman lereng gunung yang kita naik tadi. Pelan2 kayuh boleh sampai. Sampai laban rata bolehla breakfast kat Cafe. Kalau x banyak spend masa kat atas, pukul 9 dah boleh ada kat Laban Rata da. Enjoy brekfast boleh la siap2 untuk turun bawah. Masa turun ni biasa je la. Dari laban rata banyak tangga turun ke bawah. Ada yang siap berlari-lari lagi. Paling cepat pukul 1 or 2 da sampai bawah dah.

Share this...
Share on FacebookShare on WhatsappTweet about this on TwitterShare on Google+Share on Tumblr

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *