Mohon Visa Ke India

Mohon Visa Ke India

Bagi yang ada plan nak travel ke India atau memang dah beli tiket untuk ke India, wajib baca dahulu sedikit pengalaman yang aku nak share ni. Bagaimana nak mohon visa ke India ? Bila perlu mohon visa ke India ? Dimana nak mohon visa ke India ? Kenapa aku nak share sebab aku sendiri dah pening sana sini nak mohon visa ke India ni.

Mohon Visa Ke India

Biasanya kita akan check online atau website dahulu sebelum kita mohon visa ke india, kan ? Kalau check website High Commision of Indian, dia akan bawa kita ke website HCoI ni yang beralamat di 1Mont Kiara Level 28. Ada nombor telefon juga tapi kalau dapat call nombor ni anda bernasib baik. Berpuluh kali aku call x ada pun orang jawab. Aku syak diorang ni silentkan phone. Haha..

Dimana nak mohon visa ke India ?

Mohon Visa ke India

So mohon visa ke India ni boleh dibuat di 1Mont Kiara ke? Jawapannya tidak malah kalau nasib tak baik, kita mungkin habiskan masa berjam-jam kat situ beratur panjang depan lift untuk ke tingkat 28 bersama warga-warga dari India.

Jadi dimana nak mohon visa ke India kalau bukan di HCoI ni? Mohon visa di India boleh dibuat secara online atau pun offline. Harini aku nak cerita tentang cara nak mohon visa ke India secara offline sebab aku buat secara offline. Cerita berdasarkan pengalaman je. Online aku tak buat jadi aku tak berani nak cerita.

 

Balik pada soalan tadi, jawapannya ialah di alamat berikut:

IBS Global Sdn Bhd, Unit G-01 Ground Floor, Straits Trading Building, No 2 Lebuh Pasar Besar, Kuala Lumpur.

Waze kan je. Parking susah sikit sini. Boleh park kat Royal Selangor Club then jalan kaki ke sini.

Bagaimana nak mohon visa ke India

Alamat dah ada, jadi boleh la siapkan semua dokumen-dokumen yang diperlukan, bawa semua dokumen diperlulan ke alamat diatas. Actually, alamat ni aku dapat daripada receptionist kat HCoI selepas beratur panjang kat 1Mont Kiara tu. Dia yang bagi ye. Aku bukan agent, tak dapat ape pun promote tempat ni.

Dokumen-dokumen diperlukan

Sebelum aku mohon visa ke India ni aku baca banyak blog. Yang peliknya semua cakap buat kat 1Mont Kiara tapi aku pergi sana, diorang cakap buat kat Straits Building tu. So aku follow je la. Dalam blog yang aku baca tu juga ada tulis dokumen-dokumen yang diperlukan untuk mohon visa ke India ni antaranya Passport asal, 2 salinan Passport, 2 keping gambar Passport background putih, 2 salinan Borang IMM.47, 2 salinan tiket penerbangan yang disahkan pergi dan balik, penyata bank, surat jemputan (jika berkenaan dan of course duit secukupnya.

Jadi pergilah aku bawa semua benda ni dan akhirnya tak semua yang disenaraikan tu diperlukan ye. Jadi aku betulkan balik ape yang diperlukan untuk mohon Visa ke India ni, dan ianya simple saja.

1. Passport Asal

2. Kad Pengenalan (IC)

2. Salinan Passport – 1 je cukup

3. Salinan Kad Pengenalan – 1 pun cukup

4. 2 kpg gambar background putih – Size 2″x2″

5. Tiket asal / boarding pass pergi dan balik

Tiket ni mesti yang dah check in/disahkan sebelum mohon visa.

Borang pulak memang da disediakan kat situ pada harga RM 20.00/borang siap tolong isi. Memang dia akan isi, x boleh isi sendiri.

Untuk salinan-salinan dan gambar tu jangan risau, kat situ memang disediakan perkhidmatan photostat, dan buat gambar juga. Gambar dicaj RM 20.00/5 keping.

Proses permohonan Visa

Proses permohonan Visa ni actually simple je. Masuk je dalam tu ada receptionist, cakap kat dia nak mohon visa ke India. Dia akan bagitau nombor kaunter untuk beli borang, pergi kaunter cakap nak beli borang. Dia akan bagi nombor giliran dan caj dikenakan RM 20.00/borang. Kalau tak ada gambar cakap nak buat gambar sekali so dia akan charge lagi RM 20.00 untuk gambar. Selesai je pembayaran, dia akan bagi receipt berserta nombor dan dia akan bagitahu nombor kaunter pengisian borang, so kita tunggu disitu sampai dia panggil untuk isi borang.

Masa pengisian borang ni just prepare IC, Passport, Tiket, nama dan nombor telefon rujukan kecemasan kat Malaysia, dan alamat hotel kat India. Masa ni kita cuma duduk saja dan tunggu dia isi, ada apa yang dia nak tau just bagitau, sampailah siap borang diisi.

Da siap isi borang, kalau tak ada gambar, boleh pergi ambil gambar dulu, just bagi resit pembayaran. Then bawa borang yang diisi tu, lekatkan gambar 2 keping, 1 gam pada kotak disediakan, 1 lagi staple pada borang dan sign pada borang. Dia akan bagitau semua ni, apa yang perlu dibuat dan kaunter mana perlu diserahkan apabila borang siap diisi.

Dah siap semua. Hantar borang yang lengkap kat kaunter yang sepatutnya dan tunggu giliran untuk scan kesemua jari-jemari. Ikut je apa yang dia suruh buat. Da scan kesemua jari jemari, dia akan bagitau bila boleh collect Visa dan Passport anda. Biasanya collection petang bermula jam 3.30 hingga 5 petang 2 hari selepas permohonan.

Cas mohon visa ke India

So sekarang aku nak cerita sikit pasal harga. Total yang aku kena haritu RM 195.00 untuk Visa, RM 20.00 untuk borang siap diisi, dan another RM 20.00 untuk gambar sebab aku salah bawa gambar bersaiz passport. So total aku kena RM 235.00 termasuk gambar. Tapi skrg harga dah naik. So kena check harga visa dulu sebelum pergi.

Maklumat Penting

Kalau anda nak travel ke India, pastikan mohon visa seawal mungkin sebab proses paling kurang ambil masa 3 hari itupun kalau tak ada problem. Cerita ni berdasarkan pengalaman sebab aku sendiri baru dapat tau yang visa ke India ni perlu dipohon awal just 3 hari sebelum flight. Hari isnin aku submit permohonan visa, hari rabu aku da nak fly jam 5.50 petang boarding. Anyway aku sampai juga lah ke India ni.

Kalau berminat ke India or nak tau pape pasal tul-tuk, scammer, hotel, train dan makanan boleh la DM aku kat IG or FB.

Klu nak beli tiket train or bus di India boleh try search kat bawah. Memang kena beli awal-awal. Aku dulu beli kat sini. Senang. Nak beli kat sana memang tak dapat dah yang selesa.

Powered by 12Go Asia system

NAMASTE…

 

Share this...
Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Share on Tumblr

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *