Tiket Train di India

Tiket Train di India

Bila aku balik je dari India ramai yang tanya pasal tiket train di India. Macam mana nak beli tiket train di India ni ? Berapa harga ? Kena beli awal ke ? Kalau tak beli tiket boleh ke ? kena berebut ke ? Duduk atas train ke ? Macam-macam soalan lagi lah. Jadi aku share lah link mana nak beli tiket train kat India ni. Paling senang dan cepat.

Mana nak beli tiket train di India ?

Tiket train di India boleh beli kat sini
Beli Tiket Train di India

Powered by 12Go Asia system

Website tiket ni bayar dalam Thai bath. Jangan risau, dia memang charge dalam Thai Bath sebab website ni asalnya dari Thailand. Tapi dia memang bisnes jual beli tiket ni boleh katakan seluruh South East Asia la. Awal-awal dulu aku pun risau juga nak beli kat sini. Betul ke tak ni, apesal bayar dalam Thai Bath. Aku nak pergi India kot. Pakai Namaste bukan Kap Kun Kap. Ape kaitan dengan Thai pulak ni.

Begitulah bermain kat fikiran. Hahaha.. tapi tu lah. Memang kat sinilah aku beli dan dah separuh East India da aku travel semua beli tiket kat sini je. Satu lagi time nak beli tiket tu kena isi nama dan bayar terus. Biasalah kita Malaysian ni nama panjang. Column yang dia bagi untuk isi nama tu pendek je. Ngam2 nama mat saleh nama Indian kot. Jadi time nak isi tu x dapat sebab nama tak muat nak isi, x boleh nak beli. Ape nak buat ? Jangan risau, isi je setakat muat. Kat sini tiket dia tak check pun. Nanti naik train dia cuma check ada tiket ke tak je. Dia tak baca pun nama kat tiket tu.

Nampak camne berkampungnya kitaorang kat train station

Harga Tiket Train di India

Harga tiket di India ni boleh dapat dari range tersangat murah kepada mahal. Depend kat kita nak pilih je, nak pilih yang selesa atau nak pilih yang adventure. Yang adventure ni yang jenis kena berdiri la berjam-jam kat dalam train. Kalau bernasib baik boleh la duduk. Tiket train paling murah ni dipanggil ‘General Couch’. Aku explain sikit jenis-jenis tiket train ni baru senang nak faham.

 

Jenis Train Couch di India

1. General Couch

General couch ni tiket paling murah. Tiket ni tak boleh booking online sebab hanya boleh dibeli di train station kat India directly. Tiket ni paling murah sebab stesen hanya jual tiket sahaja tanpa nombor seat. Nanti kat general couch tu akan ada seat, tapi biasanya dalam General Couch ni memang padat dan sesak. Kalau beli tiket ni, awal-awal dah kena naik, kenalah berlari-lari, berebut-rebut dengan local Indian untuk dapatkan seat. Harga memang tersangat murah tapi nak beli tu kena beratur panjang sebab ticket ni hanya dijual kat station sahaja, x boleh beli online. Beratur kat India ni paham-paham je la, nanti ada je yang buat muka tak bersalah potong line. So kalau nak budget atau terlupa beli tiket sebelum pergi boleh la pilih couch general ni. Yang mana tak sempat nak booking tiket tapi da sampai ke India, bolehlah pergi ke train station dan beli tiket general ni. Boleh dikatakan almost 24 hours melainkan dia rehat lergi makan je la. Kalau nak beli yg better class couch on the spot kat India memang susah dah. So better, tiket ni beli awal sebelum pergi ke India lagi. Print tiket siap-siap. Kat sini dia nak tengok kertas, tak tengok kat dalam phone.

2. Sleeper Class

Sleeper Class ni boleh dikatakan class kedua. Temgok kat website link atas tu. Kalau dia tulis sleeper class sahaja maksudnya couch ni jenis kerusi panjang yang boleh baring. Tapi actually seat ni memang panjang boleh baring dan nama dia pun sleeper. Tapi seat ni bukan untuk tidur ye. Jangan ingat sleeper tu so kau boleh baring tidur suka hati kau. Kalau memang boleh tidur baring suka hati, kita memang tak sempat nak buat sebab confirm orang India yang buat dulu. Seat ni actually cuma panjang ibarat boleh baring tapi untuk 3 orang duduk. Kalau x ada orang tu boleh la duduk. Tapi kat India ni possibility untuk x ade orang tu boleh kata 0% lah. Time beli tu kalau kat depan nama couch ni tak ada tulis AC maksudnya seat ni tak ada aircon. Open air !. So kalau nak rasa angin-anginĀ  dan debu-debu dalam perjalanan tu boleh la try seat ni. Seat ni x mahal sangat la. Kalau dari Agra ke New Delhi tu lebih kurang RM 30.00 ke RM 40.00 je. Nampak cam mahal tapi perjalanan 5 ke 6 jam kot.

3. AC 3 Tier Sleeper

Couch yang ketiga ni couch tido. Yang ni dia punya nama sleeper ni memang untuk tidur. 3 tier tu maksudnya ada 3 lapis foldable seat atau bed kat atas. Macam dalam gambar la. So setiap orang satu tempat nak tidur. Kalau pilih seat ni susah la sikit nak duduk sebab ruang dia sempit untuk duduk. Better baring atau tidur je la. Ruang coach ni ada aircon. Aircon dia ni nak kata sejuk sangat tu takdelah juga. Boleh je la. Panas pun tak. Nama pun aircon. Ngam ngam je la.

4. CC – AC Chair Class

Kalau nak yang duduk je dan seat kusyen yang selesa sikit macam keretapi tanah melayu boleh pilih couch ni. Couch ni pun aircond juga. Seat dia bolehla nak adjust untuk tidur. Selesa la sikit tapi tak mencabar sangat la. Tak India la kalau tak mencabar. Tapi boleh la cuba. Banyak hari kat sana ape salah nak try sekali. Harga mahal lah sikit dalam RM 50.00 lebih je kalau dari Agra ke New Delhi.

5. AC 2 Tier Sleeper

Setakat ni seat ni la yang aku rasa paling selesa. Satu petak tu ada 4 orang. Seat dia panjang boleh tidur and cuma 2 lapis je. So kalau rasa penat baring, nak bangun duduk pun boleh la. Penat duduk nak tidur balik pun tak de hal punya. Couch pun ada aircon dan price dia sama macam AC Chair Class dalam RM 50.00 lebih kalau dari Agra ke New Delhi. Kalau nak check harga lain boleh check sendiri la kat website link atas tu.

Lain-lain seat lagi adala seat VIP dan bermacam jenis seat. Yang tu boleh la tengok sendiri kat link tu. Sebab aku pun x try seat tu. So x berani la nak cerita lebih. Hahaha..

Bila nak beli tiket train ?

Tiket train ni boleh beli sebulan atau 2 bulan awal sebelum ke India. Pastikan semua hal-hal visa, tiket settle dulu baru beli tiket. Klu nak beli setahun awal pun x boleh juga sebab website ni x update lagi seat available. Mungkin x dapat update dari India lagi. So beli je sebelum pergi. Jangan takut seat banyak. Kalau x sempat beli pun masih boleh pergi. Last choice General Couch. Beli tiket kat train station kat sana.

Nanti aku update lagi cara nak naik train kat India. Huahaha.. jangan main-main. Ada caranya ok nak naik train kat India ni. Tersilap cara nanti kena tinggal la. Tak pun dikebas orang.

 

 

 

 

 

Share this...
Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Share on Tumblr

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *